Assalammualaikum anak soleh mama..
Lama dah mama xmenulis untuk Haziq.
Muhammad Aqil Haziq bin Khairul Joharee kesayangan mama
Haziq dah pandai jalan tau skarang..
Tekedek2 je..hehe comel betul anak mama ni..
Mula-mula papa belikan kasut biasa je, RM4.90 kaler hitam kotak2
Tapi kasut tu x best sgt sebab selalu cabut je.
11 Disember 2011 abah Aat meninggal sebab paru-paru berair
Memang mengejut. Pukul 4.30 pagi angah call papa
Tapi tau jela papa Haziq tu..tido mane nk jawab fon.
Pastu angah call mama, ckp abah Aat dah tenat n nak balik kampung
Masa tu kita memang xda duit sangat.
Sebab gaji mama 19hb.
Nasibla papa ada RM100, itu pun untuk bayar hutang CIMB papa
Mama cakap, xpe la papa.Nanti bayar pakai gaji mama.
Keluarga lebih penting..
Hari yang sama jugak, papa ada interview Pembantu Peperiksaan di UUM
Hancur harapan papa..tapi mungkin ada yang lebih baik Allah rancang untuk papa kan?
18 Disember 2011, makcik Dah call nangis2 cakap opah dah tenat
Tu pun nasib papa ada duit kumpul hasil gaji hari dan esoknya mama gaji.
Bila balik, tengok opah sakit, sayang..
2 hari jugak la kita kat kampung.
Haziq mana tau apa. Asyik main n skejap2 tolak2 dengan Zaki.
Mama xkisah pun..haha biasa la budak lelaki memang lasak
Lps tengok opah ok, kita pun balik Kedah
Dalam perjalanan tu papa menangis..
Papa sedih opah sakit tapi xda orang nk jaga.
Kesian papa..malam tu pun papa xtido.
Papa solat dan baca Yaasin untuk opah.
Mama janji nak belikan haziq kereta kan
Sempena birthday Haziq yang ke-1
Tapi bulan ni bajet lari lagi
Tunggu dividen ASB la ye.
Mama mesti belikan, insyaAllah
Bukan mama xsedih tengok Zaki pun banyak mainan
Haziq xde lansung, tu yang mama belikan pistol mainan untuk Haziq tu.
Pagi ni mama hantar Haziq ke rumah pengasuh macam biasa
Haziq tumpahkan nasi lauk sardine kegemaran mama dalam kete
Baru je cuci dua hari lepas
Kene pukul 1 das dengan mama
Haziq nangis..
Sampai rumah pengasuh pun xnak kat ibu
Ibu tu pukul Haziq ke?
Moga Allah memelihara Haziq bila mama keje
Nanti dah cukup umur, mama hantar ke Nuri Day care tu ye..
Boleh blajar English bagi pandai..
Nanti kan nak jadi Naib Canselor UUM~
Sayang anak mama..
Nak adik x?




0 comments on "Setelah Haziq 1 tahun"
Post a Comment