Pages

Sunday, September 5, 2010

Its a boy!

0 comments
Assalammualaikum anak mama..
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah
Mama dah ditawarkan jawatan tetap di UUM.
Mula-mula bos mama panggil masuk bilik
Then dia kata tahniah sebab dapat EO tetap.
Jabatan Canselori..huh tau x tu la bangunan pentadbiran universiti..
Kene buat keje betul2..xbleh main2 lagi

Hari tu mama bawak papa g interview
Jawatan penyelia di UPSb
Salah satu anak syarikat UUM.
Jawatan penyelia je..
Gaji pn murah dalam Rm800 je..
Tapi xpela..Mama dah janji dengan papa
Susah senang biarlah kita bersama..
Mama sayang sangat dengan papa tau!

Hari yang sama mama ajak papa pegi scan along
Di Klinik Keluarga area pekan Changlun lama
Mama pasrah je lelaki ke perempuan asalkan along sihat
Comel dan ceria sayang..
Then..jen..jeng..jeng...
Doktor tu kata along LELAKI!
Papa senyum sampai telinga..
Gembira betul dia..

Waktu malam papa usap2 perut mama..
Along pun begerak2 la..
Happy papa ade kot..
Papa gembira..dan mama suke kalau papa n kite sekeluarga gembira

Papa nak bagi nama Khairul Haziq..
Hmm mama xkisah..
Asalkan ada makna yang baik..
KHAIRUL HAZIQ BIN KHAIRUL JOHAREE..
Jadi anak soleh ye sayang..

Wednesday, August 11, 2010

Along dah hampir 7 bulan dalam kandungan

0 comments
Salam ramadhan anak mama yang tersayang..
Lama dah mama xmenulis pada along kan..
Mama banyak keje sayang..
Mama rindu papa..
Baru-baru ni papa demam..
Mama risau sangat..mama nak balik kampung papa xbg~
Mama call papa banyak kali..
Mama takut kehilangan papa..
Mama sayang papa sangat2!

Hari ni dah hari kedua berpuasa tau sayang..
Alhamdulillah anak mama ni xbanyak ragam..
Baik budaknye ni..sayang anak mama..
Kalau ikutkan due yang doctor kasi, along dh 27 minggu 2 hari..
Tadi mama dah ambik obimin..
Bagi anak mama sihat sentiasa...

Baru-baru ni jugak mama kene minum air gula
Pastu kene inject lagi..
Demi anak kesayangan mama..mama tahan jela
Bayangkan sayang..mengandung sorang-sorang tanpa papa
Tanpa orang yang mama paling cinta..
Mama sedih..sedih sangat..
Kita sama-sama doa ye..
Agar papa cepat-cepat dapat keje kat kedah..
Amin..

Persiapan along lahir nanti semua mama minta papa yang belikan
Papa mintak mama balik bersalin di Kuala Kangsar
InsyaAllah~geng la along dengan papa ye..
Barang-barang papa cakap lepas raya baru beli
Mama xkisah pun..beli yang patut2 sudahla.

K la along..setakat ini dulu coretan mama..
Apa yang mama nak cakap dekat along,
Xkira la along lelaki atau perempuan nanti,
Jadi anak soleh ye sayang..

Wednesday, April 7, 2010

Hari~ tujuh minggu beberapa hari

0 comments
Along kesayangan mama..
Sekarang alahan mama makin menjadi-jadi
Bau nasik n lauk sikit pun mama tak boleh tahan
Lama dah mama xmakan nasi
asyik makan asam n coklat je
Badan pulak letih xbermaya
Tapi papa kata sabar banyak2
Banyak pahala orang mengandung ni~

Papa pulak..
Sibuk dia tengok buku nama-nama Islam
Kalau perempuan mama pilih ZINNIRAH HASANAH
Kalau lelaki kami pilih HAZIQ MUHAIMIN

Pagi ni papa mesej mama
Gegaran gempa bumi kat flat papa
Mutiara Idaman 1
Takut mama
Moga papa selamat~
Mama sayang papa

Wednesday, March 24, 2010

Seronoknya mengandung!!!

0 comments
Masa mula-mula kawen, mama dengan papa duduk berasingan
Papa bekerja sebagai juruteknik di Sumitomo Metal di Pulau Pinang
Mama pulak bekerja sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Universiti Utara Malaysia
Mama sewa rumah di Taman Teja
Papa akan balik sebulan sekali jenguk mama

Kalau papa nk balik, mula lah mama masak macam-macam
Seronok masak untuk papa..tengok papa makan bertambah2 nasik

Ada satu hari tu..
Papa ajak mama pegi pasar Changlun nak tengok kucing nak bela
Kami pun pegi la bedua naik moto papa
Nak beli lauk sekali untuk 3 hari
Mama beli nenas nak masak pajeri

Sebelum tu memang piriod mama dah lewat.
Last mama piriod sebelum kawen 7 Feb 2010
Lepas kawen memang mama xpiriod lagi
Mama pun gatal2 la beli pregnancy test
Sapa tau kot2 ye mama mengandung

Pregnancy test tu harga dia Rm9.80
Masa tu mama ada RM10 je
Mula2 nak ambik yang RM6.90 je
Tapi mama fikir untuk anak sendiri buat apa nak bekire
Then mama pun ambik la yang RM9.80 tu

Hari Ahad mama cuti sebab papa ade
Nak spend time dengan papa
Malam je mesti mama pening
Papa la jadi mangsa mama merengek suruh picitkan
Pagi ahad tu mama pun test la~
Urin pertama di pagi hari and...
Resultnyaa POSITIF!!!!
Ada dua line!
Mama memang tak percaya lansung

Mama ajak papa pegi klinik
Buat kad merah
Doktor kata mama baru mengandung 5 minggu
Dijangka bersalin 21 Nov 2010
Hmm berdebar mama tunggu Along lahir
Kalau perempuan nak bagi nama Zinnirah Hasanah
Kalau lelaki?Mama serahkan pada papa jela
Tapi mama suka nama Iznil atau Izzul Hariz
Tengok jela nanti~

Wedding

0 comments

Anak- anak mama yang dikasihi~
Mama dan papa bertunang pada 27 Jun 2009
Kami dinikahkan pada 12 Februari 2010 jam 4.30 petang
Oh macamana kami kenal??
Kami kenal melalui Yahoo Messenger..hmm canggih kan?
Setelah 4 tahun bercinta dan mengharungi pelbagai suka duka
Mama jadi maskot DiGi di highway dalam hujan
Tak percaya tanya papa..


Anniversary kami?
Hmm kalau xsilap mama 23 Oktober.. mula 2006
Cuba tanya papa dia ingat x?




Kehamilan pertama

0 comments
Ku mewujudkan blog ini bukan untuk menjaja kandunganku pada dunia..
Tapi kerana kasihku pada permata hati yang sedang nyenyak tidur dalam rahimku kini~
Agar kelak mereka akan membaca blog ini dan mengetahui
betapa mama Hanil menyayangi mereka~
 

Pemata Hati Mama Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez