Pages

Tuesday, April 19, 2011

Haziq di kala 5 bulan 1/2


Menurut kalendar Lilipie di sebelah, umur anak mama yang cerdik pandai ni dah 5 bulan setengah..Besar dh anak mama ye sayang.. Haziq dh pandai meniarap n menjulur sikit2 dah. Paling Haziq suke kertas dengan plastik..hihi anak mama ni~ Kalau kertas2 papa tu abis haziq masuk mulut. Plastik pun sama.

Baru2 ni g Klinik untuk injection ketiga ( 5 bulan), Haziq demam la sayang.. Haziq selalu terjaga malam. Badan sekejap sejuk sekejap panas. Berat Haziq skarang dh 6.3kg. Boleh la naik sikit dari 5.5kg sebelum ni.. Papa pun demam jugak masuk hari ni dah 3 hari. Kesian papa xselera makan. Jangkit kat Haziq la ni..

Minggu lepas kita sekeluarga balik kampung. Sebab ayah sdare mama yang sulung meninggal. Suke la opah Haziq dapat jumpe Haziq tu~ Moyang n Tok Cu pun same. Happy jumpe Haziq. Derang panggil Haziq, Muhammad.

Sebelum balik Kedah, kita singgah rumah papa kat Kuala Kangsar. Kita mandi sungai tau.. Sungai Cermin. Haziq mula2 takut2 sebab air dia sejuk sangat. Tapi lepas tu mama tengok Haziq OK je. Cute anak mama ni.


Hmm ok la, stakat ni dulu. Oh ye, papa setakat ni xkeje lagi. ade kat rumah. Tapi papa dh pegi interview kat penang aritu. Kalau ade rezki papa dapat keje, tinggal la kite bdua kat Changlun. Xpe sayang, mama akan jaga anak mama yang cerdik pandai ni baik2 walaupun tanpa papa. Mama harap satu hari nt papa akan duduk dengan kite jugak.. Jadi anak soleh ye sayang..

0 comments on "Haziq di kala 5 bulan 1/2"

Post a Comment

 

Pemata Hati Mama Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez